KL_Hatyai_Songkla dan Bangkok dengan jalan darat!!!
Biasalah nak pergi tak dirancang awal. Cuti sekolah call teman lama namanya cikgu Mad yang mengajar di Kota Damansara ajak dia teman saya ke Songkla dengan keretapi!
Cikgu Mat x ada masalah.dia orang bujang. Jam 10 pagi ajak Cikgu Mat jumpa kat central Kl untuk beli tiket.
Tiket Kl ke Hanyai ada...katil atas dengan harga RM63. Tak jadi masalah...malam itu bertolak dengan KTM jam 10 malam.
Ramainya manusia nak ke Hatyai...penuh sesak. Dah naik kerertapi pergi ke kanteen dalam kerertapi order kopi o hingga keretapi bergerak ke utara
Malas nak cerita kami pergi tidor..memanjat katil 2 tingkat...alamaka susah juga nak memmanjatnya1Katil bawah semua dah penuh masa beli tiket siang tadi....nak tak nak kena memanjat...
Tidor lenan tak lena...terjaga beberapa kali bila keretapi singgah di stetsen stesen...
Akhirnya masuk subuh bangun,ambil air sembahyang ditandas ktm dan solak duduk...kaki gout dah mula naik...
Jam930 pagi sampai ke Padang Besar dan kami turun untuk cop passport untuk keluar dari Malaysia.Brjalan jauh juga...Tiket keretapi ambik sampai Hatyai...tapi kami ubah fikiran turun di Padang besar dan ke hanytyai naik kereta teksi yg ada sebab ada hal hendak di kejar di pejabat konsulat di Songhkla sebelum jam 12 tgh hari
Cop passportpun kena berbaris panjang! Bila nak cop passport aje kena bayar RM1 pada pengawai sana.Entah bayaran apa..aku tak tau..bayar aje bersama borang pass masuk thailand yang satu salinan diberikan kepada kami (kena simpan bila keluar thailand nanti kena bagi semula)
Naik teksi Thailand kena bayar dahulu baru naik. Kena guna duit bath siam.Duit malaysia tak laku.Sebab nilai duit Malaysia rendah!!!!mahu tak mau mesti tukar semua duit malaysia dangan baht siam
tambang hanya 6bth dari Padang besar ke Hatyai....agak agak 45 dah boleh sampai di stesen bas Hatyai...sampai sahaja disana dah ada banyak teksi thailand menanti untuk distinasi seterusnya..kami terus sahaja mencari teksi ke Songkla
Tidak banyak cakap...terus naik teksi ke songkla yg sedang emnanti.Bayar 20bth sorang dalam masa 35 dah sampai ke bandar Songkla. Hajat untuk smapai sebelum jam 12 tgh hari termakmbul. Kami terus dihantar di pejabat konsulat malaysia yang terletak ditepi pantai..cantek kawasanya
Dipejabat konsolat,ramai pasangan pengantin Malaysia berkawin disana.Siap dengan pakaian baju melayu lagi>>>kawin lari
Difahamkan mereka diakad nikah di masjid berhampiran dan selepas itu bawa surat nikah itu dan didaftrakan semula di pejabat konsulat itu sebeleum balik ke Malaysia.
Biasanya acara nikah ini dibuat oleh badan sindiket yang menguruskan semuanya sehingga selesai dengan pakej bayaran sehingga RM1500 untuk semua siap....
Setelah selesai urusan di konsulat Malaysia, kami bercadanag bermalam di Lake Inn Hotel. Hanya 70 bath untuk bilik yg agak selesa. Hotel itu berdekatan dengan masjid. Laungan azan jelas ekdengaran dari bilik hotel. Malam itu sebelum keluar makan, kami tersempak dengan pengantin di ada dikonsiulata siang tadi rupa rupa menginap disitu juga! Mungkin hotel itu selesa ditengah bandar dan mudah untuk parking kereta.
Songkla sebenarnya adalah bandar aman dan bersih. Biasalah jalanrayanya bebas! Boleh naik motosikal beberapa ramai yang muat! tak salah. Kereta tut tut juga ada...boleh muat 10 orang! berhimpit macam sadin lelaki perempuan x jadi masalah
Waktu budak balik sekolah,tut tut jadi pilihan...penuh! kalo tak muat didalam boleh berdiri diatas pemijak kami....agak bahaya juga kalao di Malaysia
Nak naik teksi motosikal juga ada! Banyak teksi motosikal yg sedia menanti dan dipanggil dengan bila bhila masa sahaja....
Masalahnay orang disini tidak tahu bahasa Inggeris! rasa ratanya menggunkan bahasa Siam! Yang hairnya budak sekolahnya juga tak tau bahasa Inggeris!!! tanya what your name pun mereka tak tau....tapi peliknya ekonominya terus berkembang....kita terus menguncup! entahlah...salah siapa
Malam di Songkla macam bandar bandar lain juga. Banyak tempat hiburan.Berlabuh aje matahari teranglah kelab kelab malam,pub dan karooke di bandar Songkla. ramai anak anak muda suka berhibur di pub sambil minumminum. Minuman keras melambak!bermacam brand dan bentuk botol. Life bandnya menarik.Alunan lagu Inggris dan Siam jadi pilihan....
Keesukan ptangnya jam 4 ptg kami berangkat ke terminal bas dari Songkla ke Bangkok. Tambanganya 90bth yang memakan masa 18 jam perjalanan bas ekspress dua tingkat. Dari jam $ ptg kami sampai ke kota bangkok jam 9 pagi...penatnya badanya
Yang peliknya pemandunya hanya da dua orang bersileh gantu.Seorang memandu 9 jam bereheat di R&R jam 11 malam dan seorang lagi menyemabung pemamnduan sehingga ke Bangkok.
Yang bagusnya r&rnya wajib dipuji.Amat bersih...ala ala airporot di malaysia.Siapnya denagan barangan tersususn dirak rak/kedai makan yang tersusun rapi dan banayk pilihan untuk dinikmati.Makanan gerai Muslim juga banyak..konsep dapur terbuka menyebabkan suasana r&r disitu begitu bersih.Tidak speprti di malaysia tempat memasaknya terlindung...
Dewan solat di r&r thailand boleh memuatkan jemaah sebuah bas. Luas seluasnya.... tapi malanya yang solat hya sedkit..namun kemudahan untuk muslim itu ada!
Jam 900 pagi kami sampai ke terminal bas Bangkok.Terminalnya agak kotor berbecak.Kami ambik teksi untuk kebandar Bangkoo tapi awal awal lagi dah kena tipu.
Kami dikehendaki membayar 60bth ke tempat penginapan. tapi pemandu teksi tu menghantar kami ke hotel mewah. Kami tak mahu...laludihantarnya kami semua ke terminal bas yang tadi. Kami kena naik teksi lain...kenana bayar 60bth lagi! teksi itu menghantar kami kehotel yg sederhana hanya 60bht untuk semalam.Hotel ini berdekatan dengan steten LRT ke airport Thailand.
Malam itu kamai dibawa ke sekitar Nana Square..satu penempatan orang arab dan afrika ramai disini.Kami menyamah nasi dikedai arap di kawasan itu. harga berpatutan. Disebabkan malam itu malam minggu, ramai pak arab mencari hiburan disekitar Nana Square...seolah olah bukan di Bangkok tapi macam di negara Arab.....
Keesukan teringat KL...ambik tiket Air Asia dari hotel kena bayar RM570 seorang...subuh esuknya jam 5 pagi dijemput teksi dan ke air port bangkok dan 2 jam 10 minit kami sampai dari bangkok jam 830di kl
moga suksess hendaknya
0193681195